Monday 2 April 2012

teguran di juvana


“Nur Amirah Ahmad Muhaimin, awak ada pelawat.”
Aku menggaru-garu tangan yang berkudis. Sebulan di sini, aku sudah biasa dengan persekitaran yang kotor sampai terkena jangkitan kudis. Tudungku aku betulkan sedikit. Pegawai penjara membuka jel sambil menggerakkan kepala sebagai arahan untuk keluar menemui tetamuku. Baru sahaja kaki aku melangkah setapak, mataku menangkap susuk seorang insan.Tetamuku. Aku sebak, dan terus menangis.

13 Januari 2009
“Assalamualaikum, saya Nur Amirah Binti Ahmad Muhaimin. Dari SMK Permatang. Asal Johor.”
Aku memperkenalkan diri pada malam pertama aku di sekolah baru, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Seri Permata. Sungguh, sejak petang tadi, saat kakiku mula melangkah ke sekolah ini, senyuman langsung tidak lekang dari wajahku. Melihat pintu gerbangnya yang gah sahaja sudah membuatkan hatiku berbunga. Apatah lagi apabila melihat taman-tamannya, bangunan yang dicat dengan warna yang menarik, keadaan sekolah yang kondusif dan dilengkapi prasarana sesuai untuk penggunaan pelajar sekolah menengah memang membuatkan aku menjadi kagum. Sekolah baruku itu sangat berbeza jika dibandingkan dengan sekolah lamaku yang dikelilingi kampung, sungai, dan kebun getah. Macam langit dengan bumi. Mungkin lebih jauh bandingannya. Ibarat langit yang ketujuh dengan lapisan bumi yang paling dalam.
20 orang pelajar perempuan baru telah mendaftar bersama-samaku di sekolah itu dan malam itu merupakan sesi ta’aruf. Wajah semua pelajar bercahaya untuk memberi penampilan pertama yang menarik. Kami semua memperkenalkan diri dengan penuh yakin tetapi malu-malu.Selesai sahaja pelajar terakhir memperkenalkan diri, ‘Chborr!!!’. Kami disimbah dengan air bekas basuhan baju. Entah dari mana air itu datang aku pun tidak tahu. Pada waktu itu yang aku ingat hanyalah rasa sejuk dan pedih apabila air bersabun itu memasuki mataku dan tak lupa jugahilaian ketawa kakak –kakak senior melihat gelagat kami yang terkejut dipermainkan. Semua pelajar baru yang lain menjerit-jerit kemarahan.
“Apa ni akak?!”
“Eh!Sejukla! Nanti saya laporkan hal ni!”
Tapi kami langsung tidak dihirau. Selepas itu, kami dibaling pula dengan telur dan tepung. Bertubi-tubi. Kami cuba melarikan diri tetapi kami dikepung. Ketawa, tohmahan, amaran serta peringatan agar kami mengikut segala arahan senior bergema dalam telingaku. Berulang-ulang. Malam itu masih segar lagi dalam ingatanku kerana disitulah titik bermulanya yang membawa kepada pengakhiran aku sekarang.
Dalam 10 minit kami dipermainkan seperti boneka, barulah senior semua menghentikan agenda orang yang cetek ilmu itu. Aku melangkah longlai menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tapi, mereka lebih cepat. Bilik air di setiap tingkat sudah mereka kunci. Mataku bergenang. Aku lebih rela terbenam dalam lapisan bumi yang lebih dalam daripada tinggal di atas langit tertinggi tetapi hanyalah indah khabar dari rupa. Malam itu, kami semua tidur dalam keadaan berbau hanyir telur, melekit dengan tepung dan pakaian yang basah. Sampai sekarang aku masih lagi terngiang-ngiang suara sahabat-sahabatku yang menangis teresak-esak sambil menyatakan penyesalan mereka dan ingin keluar dari neraka jahanam itu. Baru hari pertama. Aku tidak pasti apa yang aku rasakan.Sedih,menyesal,geram,marah.penat.


13 April 2009
Aku menyentel lantai tandas sekuat hati aku. Minggu orientasi dah berlalu begitu jua minggu membuli. Aku dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Tetapi fenomena yang membuatkan aku tertanya-tanya sampai sekarang, bagaimana manusia di sini bleh hidup dalam kepura-puraan. Mengapa aku bertanya begini?Sebulan selepas kami dibuli, keadaan berubah seratus peratus. Senior melayan kami dengan penuh kelembutan, prihatin dan ‘kasih sayang’. Apabila aku membuka hal malam kami dibuli itu, bukan sahaja senior-senior tersebut malah sahabat-sahabatku jua bagaikan sudah terkena sihir. Mereka bertanyakan kepadaku kembali, “malam kena buli?” “Malam yang mana ni?”...tidakkah pelik? Aku pun hanya mendiamkan diri sahaja, entah budaya apa yang diwujudkan disini.
Kain yang aku guna untuk menyentel aku perah ke dalam baldi. Aku bingkas bangun dan berdiri sambil meregangkan badan.Selesai sudah tugas aku mencuci tandas. Hari itu hujung  minggu, ramai yang pergi ke sekolah untuk mengulangkaji pelajaran jadi asrama itu sunyi. Aku berjalan melalui kamar Suria, kamar bersebelahan dengan kamarku, kamar Cendana. Dalam kesunyian itu, tiba-tiba telingaku menangkap namaku disebut. Aku menghentikan langkahku dan mendengar dengan lebih khusyuk. Suara itu datang dari dalam kamar Suria.
“Alah, minah tu  belagak baik je. Sini bandar la, perempuan kampung memang bukan tempat kat sini.”
“Aku pun sebenarnya tak sukala dengan Amirah tu.Memang dia suka buat baik kau tahu.Kononnya dia tu malaikat. Pernah sekali aku terpijak kain yang dia baru basuh, tapi dia tak marah pun.Yalah tu, padahal aku nampak ja muka dia dah merah padam. Mesti lepas tu dia kutuk aku kat belakang punya.”
Aku terdiam, kenapa niatku disalah anggap?

13 Mei 2009
Berbulan-bulan di sekolah baru, percaya atau tidak, aku tidak mampu membuat kawan walaupun seorang. Semua orang menjauhi aku selepas virus khabar angin tentang aku yang ‘talam dua muka’ disebarkan. Sampai sekarang aku tidak tahu apa tujuan aku dijadikan bahan untuk mereka bergosip, dipermainkan. Tetapi, kini aku sudah lali. Aku melupakan perasaaan terasingku ini dengan bertapa di perpustakaan, di bahagian yang orang tidak perasan, hinggalah pada tarikh keramat ini, hidup aku berubah.
“Assalamualaikum, Amirah, awak di sini rupanya.” Aku disergah Cikgu Kaunseling kami, Cikgu Safiah.
Aku menyesat mata, kepalaku yang hampir terlentok tadi terus tegak,ngantukku yang mendodoi tadi juga sudah hilang. Di ceruk antara dua buah almari buku usang, tempat aku bertapa, cikgu Safiah menemui aku.Aku bingkas bangun.
“Nasib baik cikgu jumpa awak. Ermm, cikgu cakap terus la ya. Sebenarnya cikgu dah daftarkan nama awak untuk kuiz sastera peringkat daerah untuk dua bulan akan datang. Cikgu selalu nampak awak datang perpustakaan dan dudukdi bahagian sastera, jadi cikgu rasa awaklah calon yang paling sesuai.”Cikgu Safiah tersenyum.
“Cikgu faham awak terkejut. Tiba-tiba sahaja kan? Tapi ini peluang untuk awak.”Cikgu Safiah menambah.
Aku terlopong. Aku tidak dapat fikirkan apa-apa. Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak tawaran cikgu itu. Siapa tahu, sejak dari itu, hidup aku akan berubah. Dari hitam ke putih. Tetapi putih itu aku cemari.


13 Jun 2009
Aku sujud syukur atas rezeki yang Allah curahkan. Aku pun makin rajin menelek majalah-majalah lama untuk meningkatkan pengetahuan aku mengenai sastera. Namun, aku tidak pernah melupakan tanggungjawabku pada Yang Maha Esa. Ukhuwwah?Entah, aku langsung tidak hiraukan. Aku bahagia sendiri. Cikgu Safiah pun banyak memberi tunjuk ajar kepadaku. Aku masih ingat dalam waktu aku mengkaji bersama cikgu Safiah, cikgu ada mengutarakan satu soalan kepadaku.Soalan yang aku sudah lupa jawapannya kerana sudah lama aku tidak ditanyakan sebegitu.
“ Mak ayah Amirah apa khabar?”. Tanganku terhenti daripada menulis nota tentang biografi Usman Awang.Aku merenung kearah buku nota tetapi pandangan ku tembus.Mindaku kelam.
“Mak ayah saya meninggal masa saya umur 7 tahun”.Aku menjawab tanpa melihat kearah cikgu.Cikgu seakan mengerti lalu menamatkan pertanyaannya setakat itu.Aku sambung menulis tetapi fikiranku melayang kepada kedua orang tuaku.Aku tahu kemalangan yang meragut nyawa mereka namun tidak aku ingat dan aku tidak mahu ingat pun ditirnya.Selepas itu, aku dibesarkan oleh mak ngah ku.Meskipun aku tidaklah didera dan sebagainya malah kebajikanku cukup belaka, tapi aku dilayan dengan jelas dan nyata bukanlah sebagai seorang anak.Aku tidak pernah dibelai walau sekali.Selepas aku masuk asrama sekolah menengah, memang jarang sekali aku pulang ke rumah. Kadang-kadang aku menumpang di rumah Asiyah,kawan baikku di sekolah lama untuk cuti panjang. Tiba-tiba aku tersentak.
Asiyah, apa khabarmu? Sejak masuk sekolah baru, tidak pernah aku menghubunginya. Bagi aku, tiada apa lagi yang tinggal untukku di kampung lama. Mak ngahku pun tidak pernah menghubungiku.
Mak, ayah, sesungguhnya, aku sudah terlupa akan wajah kalian.
Aku beristighfar sambil mengemas barang-barangku dan berlalu pergi dari perpustakaan.Fokusku sudah hilang untuk menelaah. Cikgu Safiah terpinga-pinga melihat kelakuanku, tetapi seakannya dia memahami kerana dia biarkan sahaja.

13 Julai 2009
Seminggu pertandingan kuiz sastera sudah berlalu, Alhamdulillah aku merangkul juara sekaligus melayakkanku untuk mewakili daerah ke peringkat negeri pula. Sejak itu, satu persatu peluang dan rezeki menyapaku. Masih terngiang-ngiang kemanisan doa solat dhuha:
‘Ya Allah, andai rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi keluarkanlah, jika jauh dekatkan, jika haram sucikanlah dan jika susah Kau mudahkanlah’
Aku ditawarkan untuk terlibat dalam satu persembahan teater sebagai penulis skrip dan juga pelakon watak utama. Seiring dengan perjalanan latihan teater, persediaan kuiz sastera, aku juga diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan bahasa bermadah. Subhanallah, Allah mengujiku dengan pelbagai aktiviti dunia. Memang, bukan mudah untuk aku mengimbangkan antara akademik dan kurikulum tetapi aku bersyukur kerana keputusan aku dalam ujian yang lepas memuaskan. Kini aku juga perlu fokus untuk ujianpertengahan tahun yang lebih banyak bahan untuk ditelaah.
Peristiwa-peristiwa yang mengombak memukul pantai jasmaniku datang tanpa diundang. Aku melihat hal ini dengan positif. Semakin ramai yang mendekatiku malah tidak keterlaluan jika aku mengatakan sampai ada yang sering berdamping denganku. Kerana popularitikah aku mula dilihat orang? Apa ketulusan dan kejujuran yang aku lampirkan selama ini kosong?

13 Ogos 2009
Aku tidak mampu merangkul juara kali ini. Kuiz sastera hanyalah naib johan.Bahasa bermadah tempat yang ketiga tetapi teater telah memberi hasil yang baik. Aku berjaya ke peringkat seterusnya dengan tema yang lebih payah.Sekali lagi, Allah mengujiku dengan nikmatnya. Aku ditawarkan posisi pengerusi kelab sastera, sebuah kelab yang baru ditubuhkan dan perlu banyak kertas kerja dan plan-plan tahunan sementara di pihak yang lain pula, aku ditawarkan posisi pengerusi sebuah kelab yang memang tersohor di sekolah itu, kelab memanah.
Sememangnya menjadi pengerusi kelab sastera bukan satu pilihan tetapi posisi di kelab memanah, cikgu memberi aku kata putus, kerana melihat keadaan aku yang terlalu banyak hal yang dipertanggungjawabkan, cikgu mengatakan bahawa jika aku rasa berat, boleh sahaja menjadi naib pengerusi. Entah mengapa, pada saat itu, aku menjadi tamak. Tidak mahu aku lepaskan jawatan tinggi.
Andai mampu aku memutarkan waktu, ingin aku menolak sekerasnya semua tawaran itu. Pada saat itu, aku memikul tanggungjawab bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dunia.
Aku tertanya-tanya, apakah masih bermakna amalku itu jika tidak disandarkan padaNya?
Kini, aku sedar tentang sesuatu. Berhati-hatilah menggunakan perkataan ‘kalau’. Berbisa. Mampu membuatkan kita berputus asa kerana terlalu mengharap boleh mengubah perkara yang sudah berlalu.

13 September 2009
Keputusan ujian aku terima dengan wajah yang puas. Meskipun tidaklah begitu tinggi namun cukup memuaskan. Sehingga itu, Allah masih mengasihi dan berbelas kasihan padaku, tetapi aku langsung tidak melihat kepada kasih sayang sejati itu.Pada hari ini, aku telah menggores parut dalam duniaku.
Kelas sejarah berakhir juga. Aku melepaskan keluhan berat. Selepas makan, aku perlu segera ke bilik mesyuarat untuk mempengerusikan mesyuarat kelab memanah. Kira-kira satu jam perjalanan mesyuarat,selepas segala usul telah dibentangkan, aku terus mengemas beg untuk ke perpustakaan.
“Akak nak ke surau ke?Boleh kita jalan sekali,lagipun dah masuk asar ni.” Dua orang ahli kelab memanah menyapaku sambil tersenyum.Aku terdiam.
“Akak nak ke perpustakaan.”Jawabku ringkas.
“Oh, akak nak study ke? Bagusnya…” Ahli kelab tadi menduga dan memang tepat pun jangkaannya.Ku hanya tersenyum dan berlalu pergi. Dalam hati dan fikiranku berfikir. ‘Nak ke surau ke….?’.Aku hanya melangkah perlahan. Tiba-tiba langkahku mati apabila aku mendengar namaku disebut dari dalam bilik mesyuarat. Kelibatku di balik pintu mungkin tidak disedari.
“Baguskan Kak Amirah tu. Ujian baru habis, keputusan dia pun memuaskan tapi dia sudah start study.Jealousnye aku dengan orang yang rajin macam tu.” Dua orang ahli kelab tadi sungguh-sungguh memujiku.Inilah kali pertama aku dipuji dan sungguh, aku dapat merasakan keikhlasan pujian itu.Hatiku berbunga. Aku meneruskan langkah ke perpustakaan dan kebetulan aku perlu melintasi surau.  Andai waktu dapat diputar, nescaya aku akan menoleh walau sekilas ke arah surau itu, moga-moga hatiku tertarik untuk masuk. Namun, realiti tidak semudah itu.Saat aku melalui surau, wajahku langsung tidak melihat kearah surau meskipun sebelah mata tidak aku jelingkan.
Matapelajaran sejarah berjaya aku baca setakat yang dipelajari tadi. Aku melihat jam. Sudah jam 6.30 petang. Tepat-tepat masa untuk makan malam. Aku mengemas dan menuju ke dewan asrama pula yang hanya 10 minit perjalanan dari sekolah. Allah masih berbelas padaku, rezeki dan nikmatNya padaku tidak putus-putus. Alangkah bongkaknya aku kerana tidak ingat untuk mengucapkan ‘Alhamdulillah’ cuma.
Usai makan, aku langsung ke kamar dan bersiap untuk mandi.Masuk sahaja ke bilik mandi, aku membuka shower.Air turun dengan perlahan. Selang dua tiga minit, terdengar laungan seruan memuji Allah Maha Besar, kalimah syahadah serta ajakan menunaikan solat dan menuju kejayaan.Aku merenung kosong ke dinding bilik air. Paip shower ku pulas lagi. Berhambur-hambur air keluar lalu tenggelamlah suara azan dek bunyi curahan air itu.
Pada waktu itu, siapa tahu, malaikat Atid telah mencatat amalan seorang hamba yang bongkak, dengan sengaja meninggalkan sujud kepada Penciptanya.

13 Oktober  2010
Sebulan aku hidup dengan mengabaikan solat. Aku menyibukkan diri dengan mesyuaratlah, latihanlah, study group. Macam-macam lagi. Tetapi, mungkin budaya di sekolah ini, apabila datang bab amal ibadat, kau kubur kau, aku kubur aku. Tiada siapa pun pernah menegur aku atau bertanyakan aku.Namun siapalah aku hendak menuding jari ke arah mereka sedangkan tiadalah teguran yang maha hebat selain dari teguran dari Allah.Berkali-kali ahli kamarku mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi tatkala itu jua aku mencapai earphone dan menyumbat telinga dengan hiburan-hiburan keduniaan.
Peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir.Kini pelajar-pelajar di sekolah itu menghabiskan masa dengan hobi masing-masing.Di sinilah tibanya kemuncak sejarah hidupku.
Aku memotong kek jamuan akhir tahun kelas kami dengan cermat.Tiba-tiba dari sisiku, seseorang menghulurkan piring kosong minta diisi dengan kek.Aku mengangkat kepala untuk melihat siapakah gerangannya.Seorang jejaka yang aku kenal. Alif (bukan nama sebenar). Dia satu-satunya pelajar yang datang dari sekolah lamaku dan masuk ke sini.Aku hanya tersenyum.Jejaka inilah yang Asiyah amat segani. Aku meletakkan kek ke dalam piringnya tetapi, tanganku menggeletar.Kek itu terjatuh.Aku menjerit kecil.Alif  terkeluar juga ketawanya melihat gelagat aku. Semuanya berlalu dengan begitu pantas. Selepas beberapa dos suntikan syaitan,aku terus jadi asyik bersembang dengan Alif. Meskipun dia berkongsi hal-hal yang ilmiah tetapi fikiranku menterjemah kata-katanya seperti bait-bait puisi. Aku juga berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku masih ingat sewaktu di sekolah lama dahulu. Sekadar menjadikan diriku setaraf dengannya. Alif mengakhiri perbualan kami dengan kata-kata yang aku masih ingat sampai sekarang.
“Bersyukurlah awak, Allah bagi macam-macam sangat kat awak. Untung awak.Semoga kita bersua lagi atas nama islam.” Alif berlalu pergi. Andainya waktu itu aku mengambil serius kata-kata Alif, andai waktu itu aku beringat untuk sujud syukur pada Allah, mungkin aku tidak akan terlibat dalam hal ini.

13 November 2009
Sudah dua minggu sejak cuti sekolah bermula. Aku kini menumpang rumah Mak Ngah. Kebetulan Mak ngah sekeluarga menetap di London untuk dua tahun jadi aku dibenarkan untuk tinggal di sana, kalau tidak, bermacam-macam alasan mak ngah akan beri  supaya aku tidak menjadi beban padanya.
Aku masih  teringatkan Alif. Tetapi itulah kali pertama dan terakhir aku berbual dengannya.Bagaikan mimpi, dia datang dalam hidupku.Jujur aku katakan, aku langsung tidak teringatkan Asiyah yang sungguh-sungguh menyatakan perasaannya terhadap Alif kepadaku dan memintaku agar mendiamkan hal ini kerana dia mahu letak tepi dahulu cinta manusia sebelum mampu menggenggam cinta Ilahi.
Aku merebahkan badan ke atas katil kemudian membuka komputer. Jari jemariku lincah menggerakkan tetikus ke arah laman web facebook dan  daftar masuk. Mataku tangkas membaca sebuah post dari individu yang tidak dikenali ke wall facebook aku.
‘VIDEO KONTROVERSI PENGERUSI DENGAN LELAKI MISTERI’
Aku tertarik untuk menekan link video itu.Tiba-tiba, sewaktu di pertengahan video, mataku terbelalak.Jantungku separuh berhenti. Nafasku turun naik. Tubuhku kaku namun mataku masih lagi menatap video itu.
Dalam video itu terdapat seorang lelaki dan perempuan yang sedang memulakan adegan tidak senonoh. Meskipun wajah mereka tidak jelas namun kamera fokus pada pakaian yang bertaburan di lantai dan salah satunya ialah sehelai tudung sekolah dengan tag namaku padanya. Kamera dihalakan pula ke arah pakaian lelaki.Aku tidak dapat mengenali siapakah jahanam yang melakukan perkara ini.Video itu aku ulang-ulang.Air mataku dengan sendirinya mengalir tidak putus-putus. Tiba-tiba, mataku dapat menangkap imej beg sekolah serta jam tangan di atas meja dalam video itu. Alif.

Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku mencapai telefon dan cuba menghubungi Alif. Kebetulan aku mendapat nombornya daripada teman rapat Alif.Dengan suara tersekat- sekat dek tangisanku yang laju tidak berhenti, aku meminta untuk berjumpa dengan Alif.Dia bersetuju untuk berjumpa denganku di belakang bangunan sekolah.
“ Apahal kau buat macam tu hah?!” Aku menengking Alif sebaik sahaja kami bertemu.Kemarahan, celaru, sedih.Perasaanku bercampur baur.Alif terpinga-pinga.Dia memintaku menjelaskan keadaan yang sebenar.Saat itu, aku sangat membenci melihat raut wajahnya. Manusia bertopengkan syaitan!
“ Kau dah jaja nama aku, sekarang kau nak buat-buat tak tahu? Pergi mampuslah binatang!”Herdikan aku lontarkan bertubi-tubi.Alif masih diam. Lelaki dan rasionalnya.Perempuan serta emosinya.Fitrah.
“Kau dengar sini! Aku tak tahu apa sebab kau buat macam tu, tapi kau tahu tak yang hal ni mengugat kedudukan aku? Segala yang aku miliki sekarang ni boleh lesap macam itu ja kalau satu dunia tahu tentang video tu. Padahal aku difitnah! Dan aku nak kau ingat ni, aku sanggup buat apa sahaja, apa sahaja asalkan segala yang aku miliki, jawatan, harapan, penghormatan kekal! Biarpun aku perlu membuat sesuatu yang tak masuk akal.Kalau perlu bunuh kau untuk kebaikan aku pun aku bunuh la!”Perkataan-perkataan itu lancar keluar dari mulutku.Aku terus berlalu meninggalkan Alif tanpa mendengar penjelasannya.Serabut.
Aku berjalan laju.Wajahku panas.Selang beberapa langkah aku dari perkarangan sekolah, telefonku berbunyi dan nombor Alif tertera di skrin.Aku menjawab panggilan itu meskipun hati masih membara.
“ Aku tahu siapa buat benda ni kat kau. Datang blok D kalau nak tahu.”Suara garau. Bukan Alif. Aku tidak sempat berfikir.Kakiku terus membuka langkah.Aku berlari ke blok D seperti diarahkan. Sampai di situ, aku hanya melihat Alif dalam sepuluh langkah dariku.Alif kelihatan pucat.Tidak seperti tadi.Dia berjalan perlahan ke arahku.Mulutnya bergerak-gerak seperti ingin katakan sesuatu.Tangannya didekatkan ke bahagian perut.Tiba-tiba Alif rebah.Sebilah pisau terbenam di bahagian belakang pinggang Alif.Darah banyak sekali.Aku meluru mendapatkan Alif tetapi aku sudah terlambat.Alif sudah tidak bernafas.Dari keadaan Alif, aku mengagak dia ditikam setelah aku meninggalkannya tadi.Aku menoleh ke semua arah mencari-cari kelibat dalang durjana yang sanggup melakukan hal itu. Namun, amat mengejutkan aku kerana segalanya bagai dirancang, tiba-tiba, sekumpulan pelajar sekolah  kamimuncul di situ dan terus menyaksikan keadaan tanganku yang berlumuran darah dan sekujur tubuh yang tidak bernyawa. Seorang pelajar perempuan menjerit ngeri dan yang lain menuding ke arahku sambil mengatakan ‘PEMBUNUH’. Aku terlopong.Fikiranku terhenti.Aku hanya mampu merenung ke arah tubuh kaku Alif.

13 Disember 2009
Aku menangis melihat Asiyah.Tetamuku.Satu-satunya insan yang masih ingat padaku sejak aku dimasukkan ke dalam penjara juvana atas kesalahan membunuh sahabatku, Alif.Bukti pertama yang menyebabkan aku dipenjarakan ialah adanya saksi yang mendengar aku mengugut membunuh Alif dan kemudian melihatku di tempat kejadian dalam keadaan yang pada zahirnya menunjukkan bahawa akulah pembunuhnya.Aku meluahkan kepada Asiyah kisah silamku semenjak aku berpindah sekolah hingga sekarang .Masa yang pendek tetapi memberi kesan jangka panjang.Selama sebulan di penjara, aku muhasabah diri, mengapa aku diuji begini.Allah menegurku kerana tidak ikhlas dalam beribadah.Aku tidak tahu sejak bila aku menjadi tidak ikhlas.Aku tidak tahu hendak bermula dari bahagian mana hidupku yang aku melakukan sesuatu bukan demi redhaNya.Aku mula mengimbau kembali lembaran hidupku.Saat-saat aku melihat solat, tutup aurat, jujur, ikhlas sebagai perkara yang ringan.Saat-saat aku tidak ikhlas dalam berkepimpinan, aku belajar agar dipandang sebagai seorang yang rajin, berkongsi ilmu dengan Alif dengan niat supaya dia tertarik denganku.Tidak terhitung rasanya dosa-dosaku.Asiyah menceritakan kepadaku bahawa dia yang meminta tolong kepada Alif untuk mendekatiku sebagai pengganti dirinya yang jauh kerana Asiyah sering mendengar perkara yang tidak baik tentangku.Begitulah, aku makin mengerti.Dunia memang fana. Di depan, aku disanjung, padahal mereka mengutukku di belakang. Namun, memang aku hamba terkutuk.Aku pasrah.Asiyah juga mengatakan bahawa Alif tidak tahu-menahu tentang video itu dan Alif telah menjadi mangsa keadaan.Dia difitnah kemudian dibunuh.Aku menangis lagi.Rasa bersalah menebal dalam jiwa.Aku menyumpah-nyumpah Alif sebelum pemergiannya. Maafkan aku Alif. Maafkan aku Asiyah.
Setakat ini lembaranku aku coretkan.Tidak pernah aku terlintas untuk membukukan kisahku namun sejarah kali ini aku rasa perlu dihitamputihkan buat pedoman semua.Sentiasalah melakukan sesuatu secara ikhlas kerana Allah. Percayalah, di saat Allah menegur kita atas sikap terlalu duniawi, kita akan mendapati terlalu banyak dosa yang kita lakukan hingga kita tidak tahu hendak mula dari mana. Bukankah sudah aku katakan, sesungguhnya tiada teguran sehebat teguran Allah.Aku menulis ini ketika meniti hidupku di penjara yang ku kira Allah jadikan tempat ini yang terbaik buatku agar aku kembali padaNya.Terima kasih Allah.
Masih banyak lagi persoalan-persoalan tergantung dalam mindaku. Apa budaya sebenar di sekolah baruku? Siapa yang membuat video itu?Macam mana sekumpulan pelajar tiba-tiba muncul di tempat kejadian?Yang paling ingin aku tahu, siapa yang bunuh Alif?Mengapa Alif dibunuh?Apakan daya, bukanlah aku pemilik rahsia dunia ini. Andai hal ini lebih baik aku tahu pasti Allah akan mudahkan jalan buatku untuk mengetahuinya. Dialah yang Maha Mengetahui apa yang nyata dan tersembunyi. Saat ini, aku sedang menunggu keputusan siasatan pihak polis tentang kes aku.Semoga Allah menjadikan hari esokku lebih baik dari hari ini.Amin.
<karya ukhtie, Wan Ajeerah>

Sunday 1 April 2012

lemah lembut: bukan sekadar fitrah





Lemah lembut adalah akhlak yang mulia yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya. Oleh itu, adalah sangat beruntung bagi orang yang memiliki sifat yang mulia itu. Namun, adakah bermakna, seseorang yang pada fitrah dan semula jadinya dilahirkan sebagai seorang yang bersifat kasar atau kurang lemah lembutnya, tergolong dalam golongan yang rugi? Adakah mereka rugi kerana tidak dikurniakan kelembutan itu? Sekali-kali tidak. Bukankah setiap sifat yang dicipta oleh Allah s.w.t itu ada hikmah dan rahsia di sebaliknya?

Islam itu adalah kelembutan

            Sifat lemah lembut sangat sinonim dengan insan yang bergelar wanita. Tetapi, tidak semua wanita memiliki sifat kelembutan itu, kerana sifat itu bukan hanya khusus untuk wanita. Kelembutan yang fitrah dan semulajadi hanya kurniaan Allah s.w.t kepada hambaNya yang tertentu sahaja. Tetapi itu tidak penting. Sifat lemah lembut yang sebenarnya hadir dari hati yang suci dan fitrah yang bersih. Islam amat menggalakkan kelembutan dalam pergaulan sesama manusia, lebih-lebih lagi apabila ingin menyampaikan kebaikan kepada manusia. Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 44 yang bermaksud:

“maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat dan takut”

            Allah s.w.t menggalakkan kelembutan, walaupun dengan seorang yang sekeras-keras hati seperti Firaun. Kerana bicara kata yang lemah lembut itu hadir dari hati yang ikhlas dan akan memberi kesan kepada hati juga.

Rasulullah s.a.w sebagai qudwah hasanah

Muhammad Bin Abdullah dilahirkan tanpa mendapat kasih sayang seorang ayah. Kasih ibu pula diragut saat baginda masih baru belajar tentang kehidupan. Jika dikoreksi semula lembaran sejarah hidup baginda, pasti sukar untuk mempercayai baginda lah selembut-lembut manusia. Dilahirkan tanpa kasih sayang yang cukup dari seorang ibu  dan ayah pastinya mengajar baginda tentang kecekalan dan ketabahan dalam kehidupan. Pada diri baginda, kecekalan dan ketabahan itu dipamerkan dengan sifat lemah lembut pada zahirnya. Wah, Indahnya.

Suatu ketika, seorang pemuda datang kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta izin daripada baginda untuk berzina. Kisah ini diriwayatkan oleh Abi Umamah. Pemuda itu berkata kepada Rasulullah s.a.w:
“Ya Rasulullah, izin aku untuk berzina”.

Maka orang ramai pun berpaling kepadanya sambil menahannya, dan mereka berkata: “Jangan..jangan (berhentilah kamu dari berkata sebegitu)”,
Maka telah berkata (Rasulullah s.a.w:: “bawakan dia dekat denganku”. Maka pemuda itu telah mendekati baginda s.a.w.
(Abu Umamah) berkata: maka (pemuda itu) telah duduk (dekat dengan Rasulullah s.a.w)

Rasulullah mula bersabda: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada ibumu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitu jugalah halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka”.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitu jugalah halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka”.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada saudara perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitu jugalah halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada saudara-saudara perempuan mereka”.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ayah)?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitu jugalah halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ayah) mereka”.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ibu)?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
Rasulullah s.a.w menyambung: “(Begitu jugalah halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ibu) mereka”.

Abu Umamah berkata: Maka Rasulullah s.a.w meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa:
“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”
“Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat) dan jagalah kemaluannya (dari melakukan zina)”
Selepas itu pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yang berrpa maksiat (terutama zina), natijah maqbulnya doa Nasi s.a.w.
(HR Ahmad 5/256-257, Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam kitab Al-Silsilah Al-Sahihah 1/645)

Kisah ini membuktikan kelembutan Rasulullah s.a.w dalam tutur kata baginda saat menerangkan kebenaran kepada umat baginda. Di saat sahabat-sahabat mencerca pemuda itu kerana mengajukan soalan tersebut, baginda tidak marah atau turut mencerca, bahkan menerangkan kebenaran kepada pemuda itu dengan lembutnya, kerana baginda amat memahami, umatnya memerlukan penerngan yang jelas serta kelembutan dalam mengespresikannya.

Para sahabat sebagai contoh teladan

          Sifat kelembutan para sahabat Rasulullah s.a.w membuktikan peribadi lemah lembut yang dimiliki oleh baginda memberi kesan yang cukup mendalam terhadap insan disamping baginda. Kita juga perlu mengambil contoh keperibadian para sahabat ini.

Di  dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran "wahai anak hitam". Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah s.a.w untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah Rasulullah s.a.w, Bilal r.a meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah Rasulullah menjadi merah padam. Rasulullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.

Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya "Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa jahiliyah".

Abu Zar merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas dosaku..."

Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata: "Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina".

Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan.

          Lihat ukhuwah yang etrjalin dan nilai akhlak pad aBilal r.a dan Abu Zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri Abu Zar r.a memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya Bilal r.a, walaupun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada Abu Zar, Bilal memaafkannya. Betapa lembutnya hati Abu Zar yang segera memohon maaf apabila menyedari dirinya telah menyakiti hati seorang sahabat., dan Bilal terus memaafkan sahabatnyaitu dengan penuh ikhlas. Tiada ketulusan dalam keikhlasan tanpa adanya kelembutan.

Kesimpulan

         Tanpa kelembutan yang dimiliki oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda, mustahil agama islam yang suci ini sampai kepada kita. Justeru, jadikanlah mereka sebagai qudwah hasanah dalam segenap aspek kehidupan kita.

         Sifat seorang muslim yang lemah lembut itu hadir dari hati yang tulus dan suci. Sebagai muslim, kita perlu menyucikan jiwa agar bersedia untuk menggalas tugas sebagai daie, kerana tarbiyyah ruhiyyah itu adalah sentuhan dari hati ke hati. Dan pastinya, dari hati yang lembut dan suci.

<feedback Qiam Bidadari Dunia>

Friday 30 March 2012

secebis keikhlasan, seluas rahmat tuhan


“Hang tau dak, ustaz aku selalu pesan kataku macam-macam. Haritu sebelum aku mai jordan kan, ustaz aku pesan, setiap hari kamu infakkanlah sesuatu. Sebelum kamu pergi ke jordan, kamu tanam satu pokok, nanti, semua burung yang makan buah tu, semua sarang-sarang kat pokok tu, dapat pahala ke kamu kat jordan.” Shuib bersemangat.

Helmi kagum mendengar pesanan itu. Dari sekecil-kecil perkara, boleh mendatangkan cukup banyak kelebihan. Bukankah Allah sudah menjanjikan bahawa kebaikan sebesar zarah pun akan dikira, begitu jua kejahatan sebesar zarah pun turut dihisab. Patutlah selama dia bersahabat dengan Shuib di Jordan ini, setiap hari pasti dia melihat Shuib mensedekahkan sesuatu. Kalau dia bawa makanan dikongsi bersama, jika ada lebihan wang walaupun 20 Qirsh (0.8 sen) pun akan disedekahkan. Di Jordan, 20 Qirsh dah boleh beli sekeping roti.

Pagi itu, suhu 19’ darjah. Helmi sudah biasa, tidak sejuk pun baginya. Dia berjalan dengan penuh semangat menuju ke perpustakaan selepas kelas Histologi tamat. Tiba-tiba, pesanan semalam menerpa mindanya. Helmi memperlahankan langkah.

‘Aku bawa duit cukup-cukup nak bayar tambang balik. Makanan, aku tak bawa bekal pula.’

Helmi bermonolog. Memikirkan satu rahmat Tuhan yang mungkin akan terlepas dengan  tidak bersedekah pada hari itu membuatkan Helmi sedikit kecewa dengan dirinya padahal dia sudah sungguh-sungguh ingin mencari rahmat Allah yang terselit di celah-celah amalan.

Helmi mengambil tempat yang agak tersorok di perpustakaan. Selang dua buah meja besar darinya terdapat dua orang penuntut Jordan University of Science and Technology sama sepertinya, yang berbangsa arab. Helmi membuka zip begnya lalu dicapai botol 1.5 liter berisi air mineral. Satu kebiasaannya setelah 5 tahun bersekolah menengah di kawasan yang dimonopoli oleh orang cina, Helmi terdidik untuk mencontohi mereka dengan membawa bekalan air yang banyak ke mana sahaja. Bukankah 60% dari berat badan kita terdiri daripada air?

Helmi mengikut sunnah. Dibaca Bismillah, dilihat air itu untuk memastikannya bebas dari bendasing, meneguk sebanyak tiga kali,duduk dan tidak bernafas dalam air, dan mengucapkan Alhamdulillah. Helmi meletakkan botol itu di  hujung  meja dan bersiap untuk menelaah mata pelajaran Anatomi. Baru 2 minit buku dibuka, salah seorang pelajar arab tadi datang mendekati meja Helmi.

“ Could I have some water, please?” Melihat warga asing, pelajar arab itu terus berbahasa Inggeris.

“Tafaddhol.” Helmi yang boleh berbahasa arab membalas dengan senyuman. Pelajar itu mengambil botol air Helmi dan kembali ke tempat duduknya untuk minum.

“Syukran.” Pelajar itu mengembalikan kepada tuannya.

“Mush musykileh. Hala’ (Tiada masalah, awak sebahagian ahliku)” Bahasa ammi (pasar) jordan menjadi perantaraan. Mereka berbalas senyuman. Helmi terdiam. Botol air itu ditenung dalam. Masih tidak percaya dengan apa yang baru berlaku. Air minuman bekalan yang dibawa itu, air minuman yang langsung tidak difikirkan boleh dijadikan sedekah itu dikongsi bersama.

Memang jika kita ikhlas, Allah akan membantu.

Memang jika kita ikhlas kerana Allah, sesuatu yang kita fikirkan tiada, Allah akan adakan.

Semoga hari itu, Helmi terpilih dalam kalangan hamba yang Allah kurniakan rahmat.

<karya  ukhtie, Wan Ajeerah>

Thursday 29 March 2012

Monday 26 March 2012

Zakat: rahsia utama ekonomi islam



Kehidupan kita amat berkait rapat dengan ekonomi. Setiap hari, transaksi jual beli, contohnya, menjadi elemen utama dalam aktiviti harian dalam satu komuniti. Sama ada kita sedar atau pun tidak, transaksi jual beli yang kita jalankan itu memberi kesan kepada ekonomi sebenarnya. Ekonomi dunia masa kini masih di tahap yang tidak seimbang kerana pengagihannya yang tidak saksama lantaran pengamalan sistem yang tidak berlandaskan islam. Justeru, sekiranya kita sedar kita sebagai seorang islam, usaha untuk ke arah pengamalan islam secara syumulnya perlu kita gerakkan, kerana itulah tugas kita yang sebenarnya.

Hari ini, kita mampu mengecapi nikmat kehidupan yang sempurna, sama ada dari sudut keperluan asas, kehendak mahupun kesenangan hidup. Namun adakah kita sedar, bagaimana keadaan saudara kita yang lain, adakah mereka mampu merasai nikmat itu seperti mana yang kita rasai?

Ekonomi islam sebagai resolusi terbaik

Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah islam. Justeru, apa yang digariskan di dalam islam adalah ketetapan dari Allah. Allah sudah menetapkan garis panduan kepada manusia untuk menjalankan kehidupan mereka, dan pastinya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Islam menggariskan kewajipan membayar zakat untuk memastikan kesaksamaan dalam pembahagian ekonomi. Oleh itu, sekiranya zakat dilaksanakan dengan cara yang ditetapkan didalam islam, pastinya saudara-saudara kita dapat mengecapi kehidupan yang lebih sempurna, seperti mana kita.  

Pada zaman khalifah Abu Bakar As-siddiq, penentangan terhadap golongan yang enggan membayar zakat membuktikan bahawa pentingnya amalan zakat itu terhadap umat islam keseluruhannya. Tanpa zakat, hidup segolongan umat islam akan teraniaya dan di situlah kezaliman berlaku.

Semasa zaman kegemilangan islam pada zaman pemerintah khalifah Umar Bin Abdul Aziz, kita dapat lihat pelaksanaan ekonomi islam secara syumul. Pada waktu itu, tidak ada seorang pun yang layak menerima zakat kerana seluruh rakyatnya tiada kelayakan untuk menerima zakat, ini membuktikan kesaksamaan dalam pembahagian ekonomi. Suatu ketika, khalifah Umar melihat seorang tua yang bukan islam meminta sedekah, beliau bertanya kepada orang tua tersebut,

“mengapa kamu meminta sedekah?”

Jawab orang tua tersebut, “aku tidak ada duit. Masa aku muda dahulu, aku membayar jizyah untuk kerajaan islam, kini aku sudah tua dan tidak berkemampuan”

Sejurus itu, khalifah Umar Bin Abul Aziz mengarahkan baitulmal mengeluarkan semua bayaran jizyah yang pernah dibayar oleh orang kafir tersebut sepanjang hidupnya. Khalifah Umar berkata, “tidaklah adil kita mengambil wangnya ketika dia sihat dan membiarkannya ketika dia sudah tua.”

Zakat & Sedekah

Bagi kita sebagai pelajar, pastinya kita masih belum mampu untuk menunaikan zakat, bahkan kita tergolong dalam golongan yang layak menerima zakat. Sebagai sampingannya, kita boleh menghulurkan sedekah apabila ada kemampuan dan kemahuan untuk menghulurkan sesuatu kepada pihak yang memerlukan. Allah menganjurkan kita bersedekah, tidak kira lah apa bentuknya sekalipun, berapa jumlahnya dan dalam keadaan bagaimana sekalipun. Hanya KEIKHLASAN dan KETAKWAAN yang dinilai oleh Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang bebuat kebaikan.” (03:133-134)

Firman Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa mulianya orang yang bersedekah sama ada dalam keadaan senang dan susah, sehingga mendapat darjat ketakwaan di sisi Allah. Kenapa Allah menganjurkan kita bersedekah dalam apa jua keadaan sekalipun?

Jawapannya, kerana manusia sering lupa. Apabila dalam kesenangan, khususnya kemewahan harta, bukan mudah untuk kita menghulurkan sedikit sumbangan kerana kita akan lebih cenderung untuk memanfaatkan harta itu untuk kepentingan sendiri. Sehingga lupa untuk berkongsi nikmat kemewahan itu bersama saudara-saudara kita yang lain. Apatah lagi dalam kesusahan, pastinya kita rasa keberatan untuk bersedekah. Lantaran itu lah Allah menggalakkan kita bersedekah sama ada dalam kesenangan ataupun kesusahan. Tambahan pula, harta itu hanya lah pinjaman dariNya.

Amalan sedekah boleh diibaratkan sebagai dahan pokok yang dicantas, contohnya pokok bunga kertas. Tujuan mencantas pokok itu adalah untuk membuang sisa dahan yang sudah buruk dan menghasilkan dahan yang baru serta bunga yang lebih segar lagi cantik. Begitu juga amalan sedekah, kita mengorbankan sedikit daripada jumlah kewangan kita untuk mendapat ganjaran dari Allah, yang pastinya ganjaran yang berganda-ganda.

Kesimpulan

            Harta yang kita miliki sekarang hanyalah hak mutlak Allah yang dipinjamkan kepada kita. Milik Allah itu adalah hak seluruh makhlukNya. Allah menilai bagaimana kita menguruskan harta itu dengan sebaiknya. Justeru, kongsilah ia bersama saudara-saudara kita seikhlasnya. Yakinlah di sana nanti, ada tempat yang terbaik buat kita.

Sunday 18 March 2012

Kita bersama bernaung di bawah lembayung islam yang satu


Assalamualaikum..
Hari ni rasa nak kongsi sesuatu buat sahabat2 pembaca.. sesuatu yg saya rasa bermakna buat diri saya dan iktibarnya boleh diambil oleh semua..
em, kita akui, bahawa apabila kita berpijak di bumi yg agak asing ni, terasa seperti kita keseorangan dan seolah2 tiada insan yg sudi menghulurkan tangan menyambut tangan ini yg melambai2 mmerlukan sebuah pertolongan. Terasa kerdil apabila berdiri di celah2 orang berlainan bangsa dgn kita, dengan kekuatan mereka dari sudut kuantiti dan keupayaan fizikal, terasa diri ini benar2 tenggelam jauh di dasarnya.
Namun, suatu saat, timbul rasa kagum terhadap insan yg berbangsa arab yg sudi menyambut tangan yg terkapai2 ini. Seolah2 ia memahami bicara hati ini. Alhamdulillah..
Hurrmm.. nak citer nye, saya ada kenalan seorang arab ni, dia sgt baik. Masih igt lagi, first time berkenalan dgn dia. Waktu tu, kali pertama saya masuk kuliah Syari3ah, ambil madah Madkhal ila Dakwah. Masuk je kelas, pasang telinga n dengar lecture dalam bahasa arab ammi. Satu kalimah pun xmmpu tangkap. Teruknya.. sangat tertekan bila tengok org2 arab gelak2 klu dr buat lawak. Tapi, aku xpaham! Sedihnyer.. ><
Tapi, kawan saya tu sgt memahami.. setiap kali dia tengok saya cam bengong2 ckit, xpaham, dia terus translate dgn bhasa arab fushah. Terima kasih yg xterhingga buat dirinya. Sejak first time kenal dia, saya bertambah yakin untuk belajar subjek yg agak susah ni. Setiap kali kelas, dia akan pastikan tempat duduk di sebelahnya kosong, itu lah tempat saya! Terharunya.. *.*
Dia banyak bantu saya sama ada mse dalam kelas or luar kelas, terutama dlm subjek Dakwah ni. Melalui dirinya juga saya mula mengenali budi bahasa dan budaya orang arab.
Hhhmm… tapi tu masa first sem haritu, skrg dah masuk second sem, sgt jarang jumpa dia. Memang tak jumpa pun.. rasa rindu tiba2 bertamu. Suatu malam, telefon saya berdering, terasa rindu terubat seketika, mendengar suaranya, perbualan kami tidak lebih drpd bertanya khabar dan berkongsi perkembangan kini tentang diri masing2. Bahagia nya!
Bertambah bahagia, apabila dia mengajak untuk berjumpa. Pertemuan kami di bawah rimbunan pohon di sekitar kuliah Syariah itu hanya berlangsung beberapa minit sahaja lantaran urusan saya yg xdapat dielakkan. Namun rindu itu terubat.. kalamnya yang terpahat di hati adalah, ‘kita sesama islam, sama ada melayu ke, arab ke, itu tiada beza. ia bukan satu halangan untuk kita berukhuwah kerana kita perpegang pada aqidah yg satu’. Ya, kita bersama bernaung di bawah lembayung islam yg satu.
Saya mula mengagumi insan berbangsa arab, setelah mengenali dan menjalin ukhuwah dengan seorang sahabat ini, yg hanya kukenali sebagai Bayan.


Thursday 15 March 2012

Buat sahabat2 yg masih di hati


Salam semua,, keif kum?? Harap2 sme sihat.. lama sangat saya menyepi dri blogging, maklumlah, xde idea n mood nk mnulis, tmbahan dgn kekangan2 yg xdpt dielakkan.. hidup ini mmg pnuh dgn ujian.. pejam celik, pejam celik, rpenye saya dh melangkah ke fasal thani, or second semester utk tahun pertama pengajian di universiti yarmouk ni. Terasa baru semalam menjejakkan kaki di bumi jordan. Masa bgitu pantas.

Masih terngiang2 suara dr Adnan Khototobah di qa3ah 201 kuliah syari3ah yg mengajar subjek madkhal ila dakwah mse first sem haritu. Xlupa juga, dr Ruwaidah yg mengajar account. Yg paling dirindui, dr Alaa dan dr Rijan yg cantik jelita tu, xjemu2 mencurahkan ilmu di markaz lughoh kpd smua warga malizi, yg bru mengenali bahasa Al-quran ini. Semua itu hanya tinggal nostalgia. Saat itu, terasa sperti masih kanak2 yg mkn suap lgi.. belajar main2 jer, gi kelas lambat, yg pling terok, ponteng kelas, tpi bersebab lar, jgn contohi saya ye!

Berbekalkan mua3addal yg x seberapa, kaki ini melangkah ke semester yg ke seterusnya. Apabila melangkah ke fasal thani ni, bru terasa sprti mahasiswa universiti. Dengan menggalas 6 madah di kuliah, beban pelajaran dan imtihan itu semakin terasa. Jadi, saya x boleh leka lagi. Baru seminggu yg lepas shj saya sudah selesai menduduki imtihan bagi 4 madah yg pertama. Markah pun sudah diterima. Ada juga yg agak mengecewakan. Kadang kala, beban yg dipikul ini terasa di luar kemampuan diri ini.. Astaghfirullah.. Allah tidak menguji hambaNya di luar kemampuan, sebenarnya. Tetapi amat pahit utk menelan ujian yg realiti ini..

Hurmm.. so, saya seru kpd sahabat2 sekalian, especially, yg sahabat2 kt Malaysia yg sntiasa dirindui.. agar doakan diri ini kuat menghadapi kehidupan yg mncabar.. semoga kalian juga dikurniakan kemudahan dalam setiap urusan kehidupan. by the way, fasal ni saya ambil 6 madah yg merangkumi:

  •          Madkhal ila Al-aqidah
  •     Madkhal ila At-tasyri3
  •     Ulum Al-quran 
  •          Bahasa inggeris
  •     Bahasa arab
  •     Macroeconomics
Miss u all...! ^^

Friday 3 February 2012

Kenapa saya di sini??


“knpa awk nk blajar kt timur tengah?? Apa yg best nye??”
“timur tengah ni adalah bumi anbiya’, bumi barakah”

Ini lah jwpan common bgi pelajar2 timur tengah n bgi plajar2 yg mmasang impian utk blajar di tanah suci itu.. namun sjauh manakah kita merasai keberkatan bumi anbiya’ itu?
Padahal, hati kita disucikan dgn amalan dan bukannya tanah suci itu yg menyucikan hati kita.. perasaan izzah berada di bumi ini hanya dirasai oleh ssiapa yg mmbuka hatinya seluas2nya utk mnadah kberkatan itu.. krana,, hati dan rasa itu disentuh oleh Allah utk sseorg itu mrasainya..
Hati ini juga msih tercari2 rsa izzah itu,, mungkin, Allah belum mnyentuh hati ini, krana ia msih bergelumang dgn maksiat dan dosa.. Astaghfirullah..

Jika ditanya,, apakah ssuatu yg saya rse terkesan di hati, spanjang brada di bumi Jordan ni?? Sy akan jwb, “msih mncari”.. bgitu daifnya iman ini, sdangkan, hidup sy stiap hari, mmijak bumi di mana para sahabat dan para syuhada mnumpahkn darah mreka krana mnjulang kalimah Allah itu.. ttapi, apakn daya, hati ini msih mncari..

Nmun,, jika dikoreksi hati ini, sy mnjumpai secebis jwpan. Sy rse sgt terkesan dgn kisah perang yarmouk yg di sana ada sbuah kisah yg mngambarkn ttg indahnya islam.. dlm pperangan yarmouk, diceritakan bhwa rmai org2 kafir mmeluk islam krana kesan dakwah sahabat2 yg utuh aqidahnya dan scara langsungnya mndapat tarbiyah dri madrasah rasul, dan yg pling pnting, mreka mmilih islam krana sedar akan keindahan islam itu sendiri..
Dalam pperangan itu, seorang ketua tentera yg mmimpin pihak org kafir, bernama George, juga mmeluk islam, hnya terkesan dgn sepotong ayat ungkapan panglima tentera islam, Khalid Al-Walid:

“Di hadapan Allah, kita sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang terdahulu atau yang terkemudian masuk Islam. Orang yang datang kemudian lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu memeluk Islam, kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, yakni menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda S.A.W. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, malah lebih besar pahalanya kerana dia memeluk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu”.

Setelah George mmeluk islam dlm pperangan itu, beliau mneruskan pertempuran sehingga syahid dlm pprangan itu juga.. begitulah indahnya hidup insan yg Allah menghendaki kebaikan utk dirinya..

(sbgai tambahan, klik di sini)

Siapakah org yg paling dikagumi keimanannya??
Sabda Rasulullah s.a.w: “Kalau kamu ingin tahu siapa mereka, mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membenarkan Al Quran dan beriman (melaksanakan) semua isi kandungannya. Merekalah orang yang paling menakjubkan imannya”. (Riwayat Al Bazzar)
Adakah kita termasuk dlm golongan ini??

Itulah sepotong dri kisah pperangan Yarmouk yg medannya adalah tanah2 dan pasir2 yg kupijak sehari2 utk mngutip mutiara2 ilmu..



Monday 16 January 2012

Exam Satu Malapetaka


Salam semua!!
Sesudah lama menyepi, hri ini bru ku punya secebis waktu utk m’update catatan hatiku di sini.. maklumlah,, imtihan semua dh settle.. so, bru ada mood nk blogging.. tp rsenya, xada idea yg best pon nk coret kt cni, just nk kongsi satu puisi yg sy rse sesuai utk smua yg bergelar student.. mklumlah, bila sseorg tu digelar ‘pelajar’, prkara yg sinonim dgn dye adalah.. study n exam..

Exam Satu Malapetaka

 Exam satu malapetaka,
 Ditempuhi dalam tidak bersedia,
 Akhirnya membuahkan duka,
 Kerana dalam kalangan kita ada yang gembira
 Gembira bukan kerana berjaya,
 Tetapi merasakan kegagalan satu perkara biasa,
 Kegagalan, ada peluang untuk berjaya
 Mungkin itu prinsip orang kita
 Subjek boleh diulang setiap semesta

 Exam satu malapetaka,
 Kerana hanya mencari periksa
 membawa maklumat untuk diisi,
 Bukan di dada diri,
 Keluar sarang terus terlupa,
 Inilah musibah yang melanda
 Pengemudi agama untuk membawa ummat
 Akhirnya dirinya yang tersumbat,
 hingga kelasi menjadi sesat
 Kerana Exam yang tersalah niat,
 Membuahkan Malapetaka ditutupi Pangkat !!

Karya asli, from akhi Nihad Mat Nor ^^

ya,, exam tu mmg satu malapetaka bgi pelajar yg belajar krana mengejar pointer dlm exam.. tp bg pelajar yg belajar krana ilmu, utk mmnfaatkn ilmu bg dri sndiri n org lain,, malapetaka ini boleh bertukar mnjadi manfaat yg bermakna buat kita,, malah ilmu itu boleh mnjadi pmbela bgi kita pda hri kita prlukan sebuah pembelaan..


*matlamat belajar itu terletak pada niat kita,, kalau kita belajar krana exam, kita akn stress, tp klau kita belajar ikhlas utk mngaut ilmu Allah, kita dpt mrasai kemanisan nikmat ilmu itu.


"ilmu itu satu nikmat, bgi hati yg IKHLAS shj dpt merasainya"