Saturday 17 December 2011

Akhirnya saya di sini


Salam.. J
Lama jga x update blog ni.. mklumlah, hari2 yg dilalui penuh dgn amanah yg mesti digalas sbgai seorang pelajar, sbgai seorang anak dan juga sbgai perantau di Negara org ini.. serta yang paling penting, amanah sebagai seorg hamba kepada Allah s.w.t. biarpun hari ini juga sarat dgn tanggungjwb yg prlu ditunaikan, namun jari ini terasa ada sesuatu yg ingin dicoretkan di sini.

Saat kesibukan melanda diri dlm melalui hari2 sbgai seorg pelajar yg merantau di Negara orang, sibuk dengan jadual kuliah, melalui musim imtihan yang mencabar serta kerja rumah yg bertimbun2.. tiba2 lahir suara hati yg membisik: “sampai juga aku kat Jordan ni, ya??”. Aneh, kenapa persoalan ni timbul? Fikiran ini terus mencari jawapan.. kembali memanggil memori2 lama, saat mulanya hati ini terdetik untuk ke bumi Jordan ni..

Tak sangka..
Entah knapa fikiran ini terhinggap pd kisah saya swaktu berusia 10bulan. Semestinya sy x meingati saat itu, yg pasti, mama prnah mnceritaknnya kepada sy. Kata mama, antara rmai2 anak prmpuannya, saya lah satu2nya yg prnah sampai di bumi Jordan ni.. knangan pda saat itu diabadikn dgn sekeping gambar kecil yg masih boleh ditatap hingga kini.. sy tersenyum.. J mlalui memori inilah mama menyatakan rsa x sangka bhwa sy akan smpai di bumi barakah ini. mungkinkah pgmbaraan sy mnjadi seorg mahasiswi Jordan ini bermula dari kisah ini? Takdir Allah..

Kalian sentiasa di hati..
Fikiran ini terus menerewang, mengingatkn kisah2 manis swktu menghrungi hari2 sbgai pelajar sekolah.. bermula dri sekolah rendah, yg xprnah luput di ingatn, Sek. Keb. Sg Embak hingga lah, sekolah mnengah, Maahad Rahmaniah.. wajah sahabat2 dan pendidik2 yg dikasihi hadir di ruang mata. rindu.



Masih sy igt, slpas tamat spm, sy prnah mmasang niat utk mnduduki ppriksaan STAM. Belajar silibus stam bermula dr awal thn lg, guru2 yg mngajar form6 jga menghrpkan peljarnya ini mngambil ppriksaan yg pnting itu. Sy juga bpendapat, ppriksaan stam sgt penting, krana ia merngkumi subjek2 agama yg perlu kita pelajari sbgai seorg muslim, apatah lagi, ia jauh lebih mudah bbanding spm.. itu kata ustaz. Sjauh mana mudahnya stam, sy xmmpu mngukurnya..

Namun, pilihan itu tetap berada di tgn sy. Sy berhak mmilih jln mana utk mncapai apa yg sy impikan. Swaktu kputusan spm diumumkan, fikiran ini sudah mula mncari2 destinasi pengajian slpas spm, walhal jika sy tetap brada di Maahad Rahmaniah pun, sy msih mmpu utk mnimba ilmu yg bmanfaat. Maklumlah, berbekalkan kputusan yg agak mmberansangkan, jadi semangat utk mnimba ilmu di luar smakin berkobar2. Ditmbah lagi dgn suasana sahabat2 yg lain, seorang demi seorang meninggalkn Maahad Rahmaniah mnuju ke dstinasi pengajian yg mnjadi pilihan mreka.

Smangat ini smakin hari smakin membuak2, mmbuatkan sy mncari jwapan demi jawapan. Kadangkala, dilema menyelubungi diri. Keadaan ini biasa dilalui oleh stiap plajar yg kurang smangat utk mneruskn pngajian di pringkat stam, sperti sy.. guru2, ibu bapa, sahabat2 serta senior2 mnjadi pakar rujuk sy, walaubagaimanapun, kputusannya tetap di tgn sy.

Alkisahnya, sy bertemu dgn seorang senior sy, yg kini mnuntut di uni Al-azhar, mesir, dia mncadangkan sy memohon tajaan utk mneruskan pengajian di Jordan dlm bidang ekon perbankan islam. Menarik. Hati tertawan. Memandangkan pada waktu tu, tempoh permohonan hnya tinggal 2hri shj lagi, sy trus mngisi borang prmohonan tnpa mmikirkan pro n kontranya. Jauh di sudut hati, bidang ini bukan lah pilihan utama.

Hari demi hari yg dilalui smemangnya diselubungi dilema. Satu demi satu tawaran menjengah di depan mata. Pendek cerita, sy dipanggil utk mnghadiri temuduga biasiswa JPA. Berbekalkan secebis usaha dan tawakal, sy hadapi temuduga itu dgn tenang. Namun, hati ini tetap gundah. Pastinya mmikirkan nasib diri. Sama ada berjaya atau tidak dlm tmuduga itu.. “sekiranya telah tertulis itu adalah rezekiku, maka tidak ada sesuatu pun yg mmpu menghalangnya”.. hati memujuk, agar truskan bertawakal, rzeki itu di tgn Allah.

"لا مانع لما اعطيت ولا معطي لما منعت"

Hakikat bahawa rzeki itu Allah yg tentukan, smemangnya satu realiti yg xboleh dinafikan. Alhamdulillah, sudah tertulis itu rezeki sy. dan akhirnya, sy di sini..

Memikul amanah..
Bukanlah ssuatu yg boleh dpandang enteng terhadap amanah berat yg perlu digalas ini. Ramai yg mlihat, pelajar2 scholar ni hidup senang, xprlu fikir duit, boleh berbelanja ssuka hati, ibarat kata, dunia ni milik kita! Namun, ianya tidaklah seindah itu. Di bahu kami, kami menanggung tnggungjwb trhadap Negara dan amanah kpd rakyat. Biasiswa yg ditrima adalah sumber hasil dr titik peluh para petani, nelayan dan seluruh rakyat Malaysia. Mengingatkan amanah yg berat ni, sy sntiasa mntajdid niat agar sntiasa berusaha mnimba ilmu smmpu mngkin agar suatu hari nnti sy mmpu berkhidmat kpd masyarakat dan tanah air tercinta.

Wednesday 7 December 2011

Sekadar ingin berkongsi..


Assalamualaikum dan salam satu ummah,,
Setelah lama mencari jawapan, hari ni bru saya temui.. sekian lama persoalan ini menerjah di fikiran, apa signifikannya saya menulis blog ni?? Perlu ke menjadi seorang blogger? Adakah blogging tu satu hobi semata-mata? 
Ada orang, menulis blog kerana nak isi masa lapang, ada juga yang nak meluahkan hati dan perasaan, yang paling best, nak berkongsi ilmu bersama teman2..

Bagi saya, saya tulis blog ni sbb nak kongsi pengalaman kpd sahabat2 sama ada yg kt Malaysia or di samping saya, di bumi Jordan ni.. pengalaman hidup stiap orang kan berbeza2. So, sgt menarik klau kita menulis perkara yg mmpu mmberi ssuatu yg baru kpd org lain.. itu satu kpuasan. nak kongsi ilmu, tak mmpu.. ilmu di dada msih cetek. Maklumlah, umur msih stahun jagung..

Tanda bersyukur..
Apabila kita dapat ssuatu yg baru, yakni ssuatu yg baik dan bermanfaat, kita xboleh biarkan ilmu itu hanya di dada kita shj, kongsilah ilmu itu kpd insan2 di skeliling kita. itu lah tanda kita bersyukur dgn nikmat ilmu yg dikurniakan kpd kita.. so, mlalui blog yg xsbrapa ni, insyaAllah, sy mampu berkongsi mutiara2 ilmu dan pengalaman yg sy cedok di bumi berkat Jordan ini.. selamat menyelami perkongsian pengalaman bersama saya! :)